![oil-tong](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2017/05/oil-tong-640x335.jpg)
TOKYO – Harga minyak dunia stabil selepas jatuh lebih daripada 3 peratus semalam.
Niaga hadapan minyak mentah Brent naik AS$0.16 kepada AS$ 64.51, atau 0.3 peratus pada 0027 GMT selepas susut 3.2 peratus pada sesi sebelumnya.
Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate naik AS$0.01kepada AS$ 57.63.
Minyak Amerika Syarikat ini menyusut 3.3 peratus pada hari Rabu, jatuh ke tahap terendah sejak 9 Julai. – MalaysiaGazette