Home Ekonomi Khazanah perjelas pelupusan saham CIMB

Khazanah perjelas pelupusan saham CIMB

Khazanah Nasional
Khazanah Nasional

KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) ingin menjelaskan pihaknya tidak melupuskan saham Kumpulan CIMB
Holdings Bhd (CIMB) seperti yang dilaporkan.

Sebaliknya saham-saham tersebut dipindahkan mengikut perjanjian pinjaman sekuriti yang telah dimeterikan oleh Khazanah dengan CGS-CIMB Securities Sdn Bhd, Credit Suisse Sekuriti (Eropah) Limited dan J.P. Morgan Securities PLCmasing-masing, berkaitan bon boleh ditukar yang diterbitkan baru-baru ini.

Khazanah dalam kenyataan berkata, bon boleh ditukar itu tidak akan mempunyai kesan kecairan ke atas CIMB keuntungan setiap sahamnya.

Penerbitan bon boleh tukar merupakan sebahagian daripada aktiviti pembiayaan tetap Khazanah.

Khazanah memberitahu, sejak tahun 2004, sayap pelaburan kerajaan itu telah mengeluarkan 10 bon boleh tukar ganti. – MalaysiaGazette