Home Ekonomi Bank of Korea ambil langkah mengejutkan turun kadar faedah

Bank of Korea ambil langkah mengejutkan turun kadar faedah

SEOUL  – Bank Pusat Korea Selatan melaksanakan tindakan mengejut dengan menurunkan kadar faedah buat pertama kali dalam tempoh tiga tahun hari ini didorong oleh risiko tekanan yang semakin memuncak termasuklah pertikaian perdagangan Jepun.

Bank of Korea mengumumkan Lembaga Dasar Monetarinya telah membuat keputusan untuk mengurangkan kadar KROCRT=ECI sebanyak 25 mata peratus kepada 1.5 peratus tanpa memberikan penjelasan lanjut.

Gabenor Lee Ju-yeol dijangka mengadakan sidang media pada jam 0220 GMT di mana beliau diharapkan dapat mendedahkan sebab mengapa kadar faedah diturunkan di samping membentangkan semakan semula unjuran pertumbuhan ekonomi dan inflasi negara tersebut.

Niaga hadapan bon KTBc1 meningkat manakala matawang Won menyusut apabila langkah pengurangan kadar faedah itu dilakukan lebih awal dari jangkaan.

Harga pasaran saham juga jatuh sedikit sejajar dengan kemerosotan keuntungan korporat.

“Saya berpendapat, dengan pengurangan kadar faedah pada hari ini akan disusuli dengan satu lagi pengurangan, mungkin pada November,” kata penganalisis pendapatan tetap di Daishin Securities, Kong Dong-rak.

Tambahnya, kesepakatan daripada pihak berkuasa-pihak berkuasa untuk menyokong ekonomi mungkin menyebabkan bank pusat bertindak segera.

Bank of Korea berdepan dengan tekanan hebat untuk mengurangkan kadar faedah selepas pertumbuhan ekonomi suku pertama dan inflasi tidak menepati sasaran dan dalam masa yang sama perang perdagangan Amerika Syarikat-China masih belum berkesudahan.- MalaysiaGazette