Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan melaksanakan Program Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Pulang ke Negara Asal bagi memberi peluang kepada mereka yang melakukan kesalahan bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) untuk pulang ke negara asal.
Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, program itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk menguruskannya mengikut syarat ditetapkan.