Home Dunia Arab Saudi pertahan polisi China di Xinjiang

Arab Saudi pertahan polisi China di Xinjiang

Kompleks tahanan Uighur di Xinjiang. foto Agensi

NEW YORK – Arab Saudi mempertahankan tindakannya menandatangani surat bersama 36 negara lain bagi menyokong dasar China di rantau barat Xinjiang, yang mana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memaklumkan sekurang-kurangnya 1 juta etnik Uighur dan umat Islam lain telah ditahan.

China telah dikutuk secara besar-besaran kerana mewujudkan kompleks penahanan terpencil di Xinjiang yang didakwa oleh Beijing digunakan sebagai “pusat latihan pendidikan” yang membantu menghilangkan ekstremisme dan memberi kemahiran baharu.

Minggu lepas 12 negara di Majlis Hak Asasi Manusia PBB menulis satu surat yang menyeru China untuk menghentikan penahanan besar-besaran.

Tetapi, Arab Saudi, Rusia dan 35 negara lain menulis surat yang memuji China yang menyifatkan pencapaian Beijing dalam hak asasi manusia.

Ketika ditanya mengenai sokongan itu, Duta Besar Arab Saudi di PBB, Abdallah Al-Mouallimi memberitahu: “surat tersebut mengenai kerja-kerja pembangunan China, ia tidak menyentuh yang lain”.

Salinan surat itu, yang dilihat oleh Reuters memaklumkan tentang keselamatan yang telah dikembalikan ke Xinjiang dan hak asasi manusia asas semua kumpulan etnik di sana telah dipelihara.

“Berhadapan dengan cabaran keganasan dan ekstremisme, China telah melaksanakan beberapa langkah menangani keganasan dan proses tindakan ke atas pemikiran ekstremis di Xinjiang, termasuk menubuhkan pusat pendidikan dan latihan vokasional”, menurut isi kandungan surat tersebut.

Pengarah Hak Asasi Manusia PBB, Louis Charbonneau berkata, ciri surat Al-Mouallimi itu adalah “tamparan dalam menghadapi orang-orang Islam yang dianiaya di China, tidak tepat kepada keabadian.” – MalaysiaGazette