Home Politik Fitnah ke atas Azmin gagal, ramai yang kecewa

Fitnah ke atas Azmin gagal, ramai yang kecewa

Khairuddin Abu Hassan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menyifatkan pihak-pihak tertentu yang cuba memfitnah Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah gagal selepas kenyataan yang dibuat oleh Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, semalam.

Menurutnya, kenyataan Ketua Polis Negara itu membuktikan kepada rakyat Malaysia bahawa ada usaha jahat oleh kalangan tertentu dengan melibaykan jumlah kewangan yang amat banyak bagi menjatuhkan reputusi, seterusnya mematikan karier politik Azmin.

Namun, Penyelaras Parlimen Jasin itu berkata, apa yang penting ialah pelaku dalam video tersebut juga tidak dapat dikaitkan dengan Azmin.

“Rancangan fitnah jahat ini telah berjaya dipatahkan oleh pihak penguatkuasa undang-undang dan syabas diucapkan kepada PDRM!!

“Inilah yang membuatkan ramai daripada ahli-ahli politik di tanah air kita begitu kecewa dengan budaya jahat ini yang dirancang secara terancang bagi menjatuhkan seseorang tokoh politik itu!!,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Artikel berkaitan: Video intim: Pemimpin politik jadi dalang, upah ratusan ribu ringgit – KPN

Oleh itu, Khairuddin berkata, Azmin harus berhenti membuat kenyataan mengenai isu ini kerana ianya adalah perbuatan membuang masa semata-mata.

Lagipun, rakyat sudah dapat kepastiannya dan teori konspirasi yang dirancang secara terancang untuk menjatuhkan karier politik Azmin sudah terbukti benar.

Katanya, Azmin perlu menumpukan kerja-kerja untuk memulihkan ekonomi dan membina semula negara.

“Kepada kalangan parasit negara tolong hentikan segala niat jahat itu secara kadar segera kerana kami juga mempunyai pelbagai asas kukuh untuk buat ‘pukulan tko’ terhadap mereka seandainya puak bangang ini masih berniat jahat kearah menganiayai Dato Seri Azmin Ali di masa-masa akan datang!!,” tambahnya. – MalaysiaGazette

SKMM sahkan video seks tulen bukan pelakunya