BEIJING – Hutang China telah mengatasi 300 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), menurut Institut Kewangan Antarabangsa (IIF),
Jumlah hutang korporat, isi rumah dan kerajaan China meningkat kepada 303 peratus daripada KDNK pada suku pertama 2019 berbanding 297 peratus pada tempoh yang sama tahun sebelumnya.
IIF adalah persatuan industri kewangan global swasta, yang berpusat di Washington.
“Ketika pihak berkuasa berusaha untuk membendung pinjaman bank bayangan (terutamanya kepada syarikat yang lebih kecil) telah menyebabkan penurunan dalam hutang korporat bukan kewangan, pinjaman bersih dalam sektor lain telah membawa hutang China kepada lebih daripada AS$ 40 trilion – kira-kira 15 peratus dalam hutang global.
“Terbitan bon dalam negeri mencadangkan berlaku lonjakan besar dalam pinjaman kerajaan tempatan dan bank tahun ini,” kata laporan itu.
Pertumbuhan ekonomi China susut kepada 6.2 peratus pada suku kedua, kadar paling lemah dalam sekurang-kurangnya 27 tahun, memandangkan permintaan di dalam dan di luar negara terjejas susulan tekanan dagangan oleh Amerika Syarikat.
Untuk memulihkan pelaburan dan melindungi pekerjaan, Beijing telah menggalakkan bank untuk memberi pinjaman lebih banyak, terutamanya kepada syarikat yang lebih kecil.
Ia juga bertujuan elancarkan berbilion ringgit dalam perbelanjaan cukai dan perbelanjaan infrastruktur.
Pada separuh pertama tahun ini, jumlah terbitan bon bersih kerajaan tempatan mencapai 2.1765 trilion yuan ($ 316.5 bilion), kata kementerian kewangan pada Selasa lalu.
Namun, China berulang kali menyatakan risiko hutangnya boleh diuruskan. – MalaysiaGazette