Home Dunia Cuaca panas terik melanda AS

Cuaca panas terik melanda AS

Amerika Syarikat mengalami cuaca panas hujung minggu ini,

NEW YORK – Cuaca panas terik telah bermula di kebanyakan kawasan di Amerika Syarikat, dengan suhu kemuncak diramal berlaku pada hujung minggu.

Gelombang panas itu dijangka memberi kesan kepada 200 juta penduduk di bandar-bandaar besar seperti di New York, Washington dan Boston di Pantai Timur dan rantau Midwest.

Di beberapa kawasan, suhu panas dijangka menghampiri atau mencecah 38C.

Malah, sebahagian Kanada juga akan mengalaminya.

Pakar-pakar mengaitkan gelombang panas yang semakin kerap dalam beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan perubahan iklim.

Dunia mengalami cuaca paling panas tahun ini pada bulan Jun lalu dengan purata suhu 16.4C, menurut data baharu.

Pada awal bulan ini, Alaska yang berada dalam lingkungan Artik merekodkan suhu tinggi. – MalaysiaGazette