NEW YORK – Harga minyak naik 1 peratus selepas merekodkan kerugian sehari sebelumnya berikutan ketegangan antara Amerika Syarikat dan Iran, selain kelembapan ekonomi dunia.
Niaga hadapan minyak mentah Brent naik AS$0.54 kepada AS$62.47 setong manakala West Texas Intermediate (WTI) pula naik AS$0.33 kepada AS$55.63 setong sebelum mengakhiri dagangan.
Namun, WTI masih susut 7 peratus pada minggu ini dan Brent kerugian kira-kira 5.5 peratus, kejatuhan ketara bagi kedua-dua penanda aras minyak sejak akhir Mei lalu.
Harga naik pada sesi akhir selepas Pengawal Revolusi Elit Iran mengaku telah menahan sebuah kapal tangki Britain di Selat Hormuz selepas Britain menahan kapal tangkinya awal bulan ini.
Kapal tangki kedua Britain yang menggunakan bendera Liberia, bertindak mengalih ke utara ke arah pantai Iran pada petang Jumaat selepas melintasi barat melalui Selat Hormuz ke Teluk, menurut data pengesanan Refinitiv.
Situasi ini meningkatkan ketegangan di laluan perkapalan minyak antarabangsa ini.
Episod ini juga telah menyuntik risiko geopolitik dalam pasaran minyak. – MalaysiaGazette