
KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$103.3 bilion pada 15 Julai 2019, lebih tinggi berbanding Rizab AS$102.7 bilion pada 28 Jun lalu.
Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek, menurut Bank Pusat itu. – MalaysiaGazette