![MGF22072019_Ortodontik_06](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2019/07/MGF22072019_Ortodontik_06-1-640x425.jpg)
KUALA LUMPUR – Hormat pakar penyusunan gigi (ortodontik) dan kebolehannya dengan tidak sekali-kali pergi kepada pihak yang tiada lesen.
Demikian kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad semasa merasmikan Persidangan Ortodontik Antarabangsa 2019 hari ini.
Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang tampil mendakwa diri sebagai pakar namun sebaliknya atas dasar kepentingan sendiri.
“Jika kita lihat kembali pada 2018 sebagai contoh ada seorang wanita muda ditangkap kerana mengambil upah memasang pendakap gigi secara haram di sebuah bilik hotel di Melaka.
“Meskipun tertangkap namun mengejutkan ramai yang menyokongnya. Kenapa ini berlaku? Adakah ini kerana kita percaya bahawa rawatan ortodontik (penyusunan termasuk pendakap gigi) adalah pihak yang susah untuk didekati?.
“Kita mesti hormat kepakaran yang dimiliki oleh pengamal ortodontik dengan latihan yang mereka terima,” katanya ketika menyampaikan ucapan di hotel Pullman City Centre Kuala Lumpur hari ini.
Kementerian Kesihatan, tambah beliau, mengalu-alukan cadangan menambahbaik khusus untuk aspek penyusunan gigi daripada sektor swasta agar lebih ramai masyarakat menolak perkhidmatan pendakap gigi haram.
Untuk rekod, seorang wanita didenda RM100,000 dan penjara 24 bulan selepas didapati bersalah atas tuduhan menyediakan klinik pergigian swasta tanpa lesen di sebuah bilik hotel.-MalaysiaGazette