KUALA SELANGOR – Polis DiRaja Malaysia (PDRM) tidak menolak kemungkinan pontun milik kontraktor Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) disabotaj oleh tiga individu yang memancing di kawasan itu menyebabkan pencemaran minyak di Sungai Selangor.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat oleh KSSB malam tadi dan mereka mendakwa terdapat tiga pemancing di kawasan pontun itu beberapa hari sebelum berlakunya pencemaran.
“Selepas siasatan dijalankan, pihak kami mendapati terdapat dua tong minyak yang dikatakan telah dicabutkan klip hos dari tong tersebut dan dinyatakan juga sebanyak 100 liter minyak diesel telah keluar dari tong tersebut.