Home Nasional Wartawan buat laporan polis kerana gangguan air

Wartawan buat laporan polis kerana gangguan air

KUALA LUMPUR – Kerana tidak tahan dengan masalah gangguan air yang seolah-olah tidak ada kesudahan di tambah lagi dengan dakwaan wujudnya elemen pencemaran di muka sauk empat loji rawatan air (LRA) – seorang wartawan turut bertindak membuat laporan polis semalam.

Yiswaree Palansamy atas kapasiti warga penduduk Shah Alam dekat sini membuat laporan polis kerana merasakan keselamatan dan kesihatan keluarga serta masyarakat setempat terancam dan terjejas berikutan perkara itu.

Report YisMalah Yiswaree dalam laporan polis tersebut, dengan tindakan Air Selangor yang telah menutup empat logi iaitu SSP1, 2, 3 dan LRA Rantau Panjang kerana pencemaran bau lewat malam kelmarin membimbangkan.

Jelasnya lagi, kebimbangan itu bertambah pula dengan pemberhentian saluran bekalan air terawat kerana isu pencemaran diesel.

“Ini sudah semestinya mengancam kehidupan penduduk di Selangor yang terpaksa mengharungi hari-hari berikutanya tanpa bekalan air.

“Isu lain yang juga timbul tanda tanya ialah tenik pemantauan air oleh pihak berkepentingan seperti Air Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) yang pada saya sangat meragukan serta mengecewakan,” katanya.

Sebelum ini, menurut Yiswaree, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xaxier Jeyakumar berkata, insiden pencemaran bau itu perkara biasa di Selangor dan sukar untuk dipantau terutamanya golongan yang membuang sisa-sisa  ke dalam sungai.

“Sememangnya ini adalah satu kenyataan serius di mana seorang menteri sendiri mengakui aktiviti pemantauan pihak berkuasa tidak dijalankan dengan baik dan menimbulkan tanda tanya.

“Saya mohon kepada pihak polis supaya menyiasat kedua-dua insiden ini dengan serius dan tegas sehingga membawa kesemua mereka yang terlibat ke muka pengadilan,” katanya yang juga telah memuat naik laporan polis di laman sosial Facebook dengan nama Save Our Water, Protect Our Rivers SOWPOR semalam.

Tambah Yiswaree, dia dan rata-rata warga Selangor sebenarnya lebih daripada berhak untuk mendapatkan bekalan air terawat sebaliknya perkara itu seolah-olah tidak dipandang serius pihak berwajib.

“Saya mohon supaya polis menyiasat semua pihak termasuk yang berkepentingan yang sebenarnya telah gagal menjalankan tanggungjawab ini, siasat juga kilang-kilang yang beroperasi berdekatan dengan sungai-sungai yang menjadi sumber bekalan air terawat.

“Exco-exco kerajaan negeri yang bertanggungjawab terhadap sumber air juga perlu di siasat atas dasar akauntibiliti dan mencegah dari sebarang elemen rasuah,” tegasnya.

Pagi ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) juga telah meminta polis menyiasat jika wujud sebarang elemen sabotaj dengan dengan dua insiden pencemaran sejak Jumaat lepas.

Pengerusi SPAN, Charles Santiago berkata, pihaknya yang terkilan dan bersimpati dengan penderitaan rakyat Selangor berikutan penutupan empat LRA akibat pencemaran di Sungai Selangor itu, membuat laporan polis pada jam 10 pagi tadi.

Beliau berkata, adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 121(1) Akta Industri Perkhidmatan Air Negara 2006 (Akta 655) untuk mencemar atau menyebabkan supaya dicemarkan mana-mana alur air atau sistem bekalan air atau mana-mana bahagian alur air atau sistem bekalan air itu dengan apa-apa bahan, yang berkemungkinan akan membahayakan nyawa mana-mana orang. –MalaysiaGazette