KUALA LUMPUR – Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berkongsi berita gembira mendapat cucundanya hari ini.
Istana Negara menerusi laman Instagram memaklumkan, Sultan Abdullah berangkat melihat cucundanya yang kini ditempatkan di sebuah pusat rawatan.
“KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berangkat melihat wajah comel cucunda Baginda buat pertama kalinya setelah selamat diputerakan pada pagi ini.
“Setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YAM Tengku Puteri Iman Afzan Binti Al-Sultan Abdullah dan YM Tengku Abu Bakar Bin Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah atas kelahiran seorang putera,” demikian ciapan Istana Negara di laman sosial berkenaan. – MalaysiaGazette