KUALA LUMPUR – Masalah gangguan air yang kerap berlaku Kuala Lumpur dan Selangor diumpamakan seperti acara tahunan penduduk Lembah Kelang.
Kenyataan itu merupakan antara komen yang diluahkan oleh netizen di akaun Facebook Air Selangor susulan gangguan bekalan air selepas operasi di empat loji-loji air utama dihentikan susulan pencemaran di Sungai Selangor.
Gangguan air tidak berjadual itu mengakibatkan hampir 1.2 juta penduduk di Kuala Lumpur dan Selangor terputus bekalan air sejak semalam.
Masalah ini berlaku kali kedua dalam tempoh tiga hari selepas loji-loji sama berhenti operasi Khamis lalu akibat masalah pencemaran.
Warga net, Amir Amirul berkata: “Tahniah .. boleh dh tanda dalam calendar.. acara tahunan penduduk selangor 🤣 bnde mcm ni pun punya la lama nk settle.. yg orng atasan senyap mmng la sbb umah diorng dapat jer air 🙄”.
Seorang lagi netizen, Nazrul Farhan berkata: “Selangor KL patut dah buat satu hari cuti umum sempena hari memperingati air 😪, tahun ini tah berapa kali masalah air takde”.
Syd Husin yang juga tidak berpuas hati dengan gangguan air berkata: “Nnt kerja pemulihan siap, paip pecah pulak.. Insiden paip pecah setahun beratus kali. Potong gaji org atas tu salurkan bajet tukar paip baru. Ni paip sebelum zaman Jepun attack malaya dulu. Jentik pun pecah”.
Manakala Andy Andy pula berkata: “Dr. Mahathir bin Mohamad TOLONG LAH ..TOLONG LAH .. TOLONG LAH SIKIT… ini kali ke-tiga tiada air!!!! Tak habis habis. Najib Razak TOLONG LAH.. TOLONG LAH… Bossku.. siapa boleh tolong rakyat Selangor… saya melutut mohon tolong sikit…. 😭😭😭😭😭😭😭😭 27 Jul baru siap!!!! Kalau awak yang tak dapat mandi 1 minggu, awak boleh tahan tak????? awak PANAS tak????????????????????????????”.
Manakala Aini Hassan bertanya:” Tak abis2x ker merawat loji?? Sakit kanser ker loji ni??? Teruk sangat nak di rawat berkali2x!!!”.
Mhd Feroz pula berkata: “Makin rasa ngeri duduk di Selangor ni….keperluan yang paling penting asyik bermasalah……boleh demam woi macam ni…..”
Rushydi Putra turut merintih: “PAIP PECAH” beratus kali dlm setahun. Byk kali sy call 15300 sy puji mereka komited buat keje. Tp skrg sy mcm da rase LETIH! Mcm korg ni x blaja dr kesilapan. Xde langkah kecemasan. Alternative option. Bpuluh ribu kecaman pn esok lusa suka hati tutup paip sbb ekoran paip pecah lg”.
Dalam pada itu, rata-rata netizen tidak berpuas hati tempoh pemulihan air mengambil masa yang agak panjang selewat-lewatnya Sabtu ini.
Kebanyakan mereka meluah rasa kerana sukar mendapat bekalan air dari lori tangki atau jika ada lori tangki datang, waktunya tidak sesuai -sama ada penduduk keluar bekerja atau waktu awal pagi ketika ramai yang sedang tidur.
Netizen bernama Leia Lim berkata: ” Jumaat? Aiyo ..Blh pengsan lo”.
Abu Afeef Fawwaz pula berkata:” kejap rabu kejap jumaat mana yg betul ni”.
Manakala, Lisa Tyff memberitahu: “Sampai hari ini pun belum jumpa tangki air lori, betul ke ada tangki lori “. – MalaysiaGazette