Home Dunia Iran tangkap, bunuh perisik CIA

Iran tangkap, bunuh perisik CIA

TEHRAN – Iran telah menahan 17 orang perisik yang didakwa bekerja untuk CIA dan ada dalam kalangan mereka telah dijatuhi hukuman mati.

Kementerian Perisikan berkata, suspek-suspek terlibat didapati telah mengumpulkan maklumat dalam sektor nuklear, ketenteraan dan lain-lain.

Bagaimanapun, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menepis dakwaan Iran sambil mengatakan ia “benar-benar palsu”.

Washington dan Teheran saling bertelagah berhubung program nuklear Iran dan ketegangan itu semakin meningkat.

Trump telah bertindak menarik semula perjanjian nuklear 2015 dengan Iran dan mengenakan sekatan ekonomi ke atas Tehran.

Konflik kedua-dua negara itu meningkat sejak beberapa minggu kebelakangan ini di Teluk.

Sebaik sahaja Iran mengumumkan penahanan perisik itu, Trump berkata:”Ia semakin sukar untuk saya berunding dengan Iran”.

Iran berkata, perisik-perisik yang bekerja untuk Badan Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA) telah ditangkap dalam tempoh 12 bulan sehingga Mac tahun ini.

Seramai 17 orang adalah warga Iran yang bekerja di “pusat sensitif” dalam kemudahan ketenteraan dan nuklear dan sektor swasta yang bertindak secara bebas antara satu sama lain, kata seorang pegawai risikan Iran.

Namun, dia tidak mengatakan berapa ramai yang telah dijatuhkan hukuman mati atau bila pelaksanaan hukuman itu dijalankan.

“Sentimen untuk pengintip ini telah dikeluarkan, beberapa daripadanya akan dihukum mati sebagai “pengkhianat di bumi’ (satu tuduhan yang boleh dihukum oleh kematian di bawah peraturan Islam di Iran),” kata ketua jabatan pengintip kementerian itu yang dipetik sebagai berkata oleh agensi berita Isna. – MalaysiaGazette