Home Nasional Pemulihan bekalan air capai tahap 77% setakat 6 pagi

Pemulihan bekalan air capai tahap 77% setakat 6 pagi

KUALA LUMPUR – Proses pemulihan bekalan air sedang berlangsung secara berperingkat-peringkat.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd berkata, setakat jam 6 pagi tadi pemulihan bekalan air sudah mencapai tahap 77 peratus.

Katanya, peratusa pemulihan air di Kuala Lumpur adalah 82 peratus, Petaling (70%), Klang/Shah Alam (75%), Kuala Selangor (90%), Hulu Selangor (47%), Gombak (94%) dan Kuala Langat (39%).

Gangguan air berlaku ekoran operasi di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1,2 dan 3 dihentikan akibatan pencemaran diesel.

Semalam, Syabas memaklumkan proses pemulihan dijangka selesai selewat-lewatnya Sabtu ini. – MalaysiaGazette