Home Sukan Piala Cabaran 2019: Finalis musim lalu jumpa awal

Piala Cabaran 2019: Finalis musim lalu jumpa awal

Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar (kanan) bersama Wakil Penaja 100Plus, Engku Isyammuddin pada Majlis Undian Piala Cabaran 2019 di Damansara Performing Arts, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIL, 23 JULAI 2019

KUALA LUMPUR – Majlis undian Piala Cabaran 2019 yang berlangsung hari ini menyaksikan tujuh pasukan bertanding dalam edisi kedua kejohanan itu dengan Terengganu FC II tampil sebagai juara bertahan.

JDTII, UKM FC, Selangor United, Kelantan dan Sarawak sebagai pasukan dari Liga Premier melengkapkan semua tujuh pasukan yang akan mengambil bahagian selain Kuala Lumpur yang menduduki tangga terbawah Liga Super .

Tiada pasukan jemputan terlibat yang dilakukan pada edisi pertama.

Undian dilakukan oleh Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia yang baharu, Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar menyaksikan Kelantan, JDT II dan Sarawak diundi di dalam Kumpulan A.

Kumpulan B pula terdiri daripada empat pasukan iaitu Selangor United, Kuala Lumpur, dan dua finalis musim lalu iaitu UKM FC dan Terengganu FC.

MGF23072019_UNDIAN+PIALA+CABARAN+&+MALAYSIA_02
Ahli Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Mustaza Ahmad (tengah) bergambar bersama Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar (kiri) dan Md Dali Wahid pada Majlis Undian Piala Cabaran 2019 di Damansara Performing Arts, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIL, 23 JULAI 2019
MGF23072019_UNDIAN+PIALA+CABARAN+&+MALAYSIA_01
Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Kamarul Ariffin Mohd Shahar (kanan) bersama Wakil Penaja 100Plus, Engku Isyammuddin pada Majlis Undian Piala Cabaran 2019 di Damansara Performing Arts, Petaling Jaya. foto FAREEZ FADZIL, 23 JULAI 2019

Ini juga merupakan penampilan pertama Kuala Lumpur dan Kelantan dalam pertandingan Piala Cabaran.

Perlawanan peringkat kumpulan akan diadakan secara dua pusingan dengan dua pasukan teratas akan mara ke separuh akhir.

Perlawanan turut diadakan secara timbal balik untuk menentukan dua pasukan terbaik yang akan beraksi di perlawanan akhir.

Pengenalan Piala Cabaran ialah untuk menyediakan platform pertandingan kompetitif untuk pasukan-pasukan yang gagal layak ke Piala Malaysia.

Ini bermakna pasukan-pasukan ini turut memperolehi jumlah perlawanan yang lebih banyak daripada sebelum ini seperti pasukan yang bertanding di Piala Malaysia. – MalaysiaGazette