“Saya tidak mempertahankan (Datuk Seri) Azmin Ali tetapi ini politik kotor dan saya tidak mahu terbabit dengannya,” kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau menjawab soalan apakah kenyataan-kenyataannya sebelum ini yang dilihat mempertahankan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu menunjukkan Azmin tidak bersalah dan tidak akan didakwa.