Home Politik Mungkin Farhash tak dapat perkembangan politik terkini – Zuraidah

Mungkin Farhash tak dapat perkembangan politik terkini – Zuraidah

PUTRAJAYA – Naib Presiden PKR, Zuraida Kamarudin mahu memberi peluang kepada Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak memberi penjelasan kepada parti itu ekoran tindakannya menuduh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ‘melakukan semburit’ sebaik sahaja dibebaskan semalam.

Beliau berkata berkata, Pengerusi PKR Perak itu mungkin tidak mendapat maklumat politik apa yang berlaku ketika beliau direman selama tujuh hari.

“Dia mungkin tak dapat perkembangan terbaharu, jadi saya bersimpati dengannya kerana masih terkongkong dan terbelenggu dengan tanggapan begitu dan bebas tanpa perkembangan baharu.

“Jadi saya harap selepas dia mendapat perkembangan baharu dan kemaskini maklumat dia dapat memberi maklumbalas yang waras,” katanya.

Zuraida berkata demikian bagi mengulas serangan terbaharu Farhash ketika disambut kira-kira 50 orang penyokongnya dengan menjerit perkataaan ‘Azmin Semburit’ selepas dibebaskan dari Ibu Pejabat Polis daerah Dang Wangi.

Selain Farhash yang merupakan Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan seorang lagi individu turut dibebaskan semalam.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini berkata, tiada lagi pergaduhan atau krisis dalaman antara beliau dan Timbalannya, Azmin dan sedia bekerjasama demi parti dan negara.

Ditanya mengenai tindakan Farhash yang mencabar Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador supaya menahan Mohamed Azmin, Zuraidan berkata, Farhash mungkin mengalami kebingungan ketika ditahan reman polis.

“Itukan kerja polis nak tangkap siapa. Kalau polis kata salah..akan ditangkaplah. Kalau tak salah nak tangkap buat apa?biar kita lihat dulu jawapan dia (Farhash)nanti.

“Mungkin dia beralasan bingung di dalam jadi dia keluar tetapi belum kembali stabil kepada keadaan normal. Kita beri masa untuk dia mengstabilkan diri sebelum sebarang tindakan menyusul,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.