TERKINI : UMNO, Pakatan Harapan Tidak Akan Ada Rundingan! Selagi Kerjasama Dengan DAP – Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – UMNO mengulangi pendirian untuk tidak mengadakan sebarang bentuk kerjasama dengan mana-mana parti yang bersekongkol atau berkongsi kuasa politik dengan DAP.

Perkara itu diputuskan secara muktamad menerusi Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung hari ini, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid menegaskan, UMNO juga tidak akan mengadakan sebarang perbincangan dengan parti politik yang bersama dalam arus Pakatan Harapan (PH), lebih-lebih lagi jika DAP masih ada bersama mereka.