KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Doa Selamat dan Solat Hajat di Masjid Negara, malam tadi.
Baginda yang hadir bersama Raja Permaisuri Agong, Hajah Tunku Azizah Aminah tiba di Masjid Negara pada jam 7.30 petang pada majlis bersempena istiadat Pertabalan Baginda.
Baginda berdua disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut hadir barisan Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) antaranya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad,
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib diikuti solat hajat dan seterusnya bacaan Surah Yassin dan doa selamat.
Doa dibacakan Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 30 Julai ini. -MalaysiaGazette