TERKINI : Itu Soal Mahkamah! Tuntutan RM1.69 Bilion LHDN Tidak Berasas – Najib Razak

BANGI – Dakwaan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen sekiranya gagal membayar tunggakan cukai tambahan RM1.69 bilion adalah tuduhan tidak berasas Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Demikian menurut bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung tuntutan badan itu yang dibuat badan itu semalam.

“Asas tidak betul,” katanya ringkas kepada media selepas menghadiri program santai sempena ulangtahun kelahiran beliau, anjuran Gabungan NGO Anak Muda 18 Tahun Malaysia (GENG18).