BANGI – Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Razak menegaskan golongan pengundi muda harus diberikan pendedahan dalam mengaplikasikan kuasa mereka sebagai pemilih pada Pilihan Raya Umum akan datang.
Katanya, golongan berusia 18 tahun yang baru diberikan hak untuk mengundi perlu mendapat maklumat secukupnya untuk memilih kerajaan yang patut dipilih oleh mereka.
“Kita hendak mendidik generasi akan datang sebagai generasi yang mempunyai nilai etika dan tahu membezakan antara hak dan batil, diantara kaca dan permata.