Home Politik Pemimpin PKR culas hadir mesyuarat diberi amaran

Pemimpin PKR culas hadir mesyuarat diberi amaran

Pengarah Komuniti PKR merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR di Ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya. foto SYAFIQ AMBAK, 28 JULAI 2019

PETALING JAYA – Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil mengesahkan satu peringatan telah diberikan parti kepada mana-mana pemimpin yang cukai untuk menghadirkan diri dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mahupun mesyuarat Biro Politik parti.

Ujar beliau, jadual bagi kedua-dua mesyuarat telah diberikan lebih awal dan tiada alasan untuk tidak hadir.

“Pada waktu ini, MPP telah diingatkan oleh Setiausaha Agung pada hari in bahawa jadual termasuk mesyuarat MPP diedarkan awal jadi kita tahu dua tiga bulan kehadapan.

“Pimpinan telah diingatkan untuk hadirkan diri dan berikan keutamaan supaya parti boleh selaraskan dasar dan keputusan yang diambil dengan lebih jitu dan lebih baik. Peringatan itu telah dikeluarkan kepada semua pimpinan,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

Fahmi ditemui selepas menghadiri Mesyuarat MPP yang berlangsung hari ini.

Antara yang tidak hadir dalam mesyuarat itu adalah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali, serta Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.

Turut tidak hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor, Amiruddin Shaari.

Jelas Fahmi, sebarang tindakan disiplin terhadap mereka yang tidak hadir hanya boleh diambil oleh parti.

Kumpulan yang dikaitkan dengan Azmin sering kali dilihat tidak hadir dalam mesyuarat parti terutamanya pada Temu Rapat yang diadakan di Port Dickson, minggu lalu. -MalaysiaGazette