MOSCOW – Lebih 1,000 orang yang terlibat dalam tunjuk perasaan terbesar di Moscow ditahan.
Polis terpaksa menggunakan kayu baton untuk mengawal jumlah penunjuk perasaan yang mara ke bandar.
Orang ramai memprotes terhadap pengecualian calon pembangkang daripada pemilihan setempat. Pembangkang mengatakan mereka dihalang kerana alasan politik.
Beberapa calon yang dilarang bertanding pada pilihan raya yang dijadualkan pada 8 September telah ditahan lebih awal.
Moscow didakwa tidak melayakkan kira-kira 30 calon untuk bertanding dengan tuduhan gagal mendapatkan tanda tangan yang mencukupi untuk bertanding.
Jurucakap berkata, sekurang-kurangnya 1,074 orang ditahan dalam tunjuk perasaan itu namun pihak yang memantau mendakwa seramai 1,127 orang ditahan.
Datuk Bandar Moscow, Sergeo Sobyanin menyifatkan tunjuk perasaan itu sebagai ancaman keselamatan dan mengekalkan perintah awam.
Kemarahan berleluasa dalam kalangan penyokong pembangkang di jalan bandar dan parti United Rusia yang memerintah.
Pemimpin pembangkang Alexei Navalny, pengkritik keras Presiden Vladimir Putin, dipenjara selama 30 hari pada hari Rabu lalu setelah menyeru supaya demonstrasi yang tidak diluluskan dibuat.
Putin sedang dalam perjalanan ke Laut Baltik pada hari Sabtu untuk menyelam.
Sabtu lalu, kira-kira 20,000 penduduk Rusia mengadakan tunjuk perasaan untuk menuntut pilihan raya yang adil.
Berpuluh-puluh orang turut ditahan.
Tidak jelas berapa ramai orang yang menyertai haram itu semalam tetapi angka-angka nampaknya telah turun dengan ketara.
Menurut polis, sekitar 3,500 orang berkumpul, termasuk kira-kira 700 orang wartawan. – MalaysiaGazette