KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Amiruddin Shaari hari ini berkata, beliau sentiasa diajar supaya bersabar dan redha dengan ketentuan Ilahi.
Dalam satu ciapan, Amiruddin menggunakan tanda pagar #KilasSemula dan memetik satu peribahasa Melayu sebagai hantaran di Twitter.
“Janganlah kita berperangai ibarat pribahasa melayu — bagai anjing mengunyah tulang,” ciap Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor itu hari ini.
Dalam kamus Dewan, peribahasa anjing menguyah tulang membawa maksud orang yang suka merungut-rungut.
Semalam, Amiruddin menjelaskan ketidakhadirannya ke mesyuarat Majlis Kepimpinan Pusat (MPP) parti itu yang diadakan pada Ahad lalu kerana terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.
Beliau berkata Amirudin, jadual programnya yang jauh juga antara sebab kenapa beliau tidak dapat menghadiri mesyuarat tersebut meskipun telah cuba untuk berbuat demikian.
“Saya cuba untuk hadir tetapi tidak dapat hadir dan saya sudah maklumkan tidak boleh (hadir) semalam. Sebabnya, trafik agak parah semalam dan jadual (lokasi program) saya juga agak jauh untuk sampai ke ibu pejabat PKR.
“Saya masih di Selangor tetapi jalan sesak, Selangor banyak kereta, negeri maju,” katanya pada Isnin.
Amiruddin bersama Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden Zuraida Kamaruddin dan Tian Chua serta Ketua Wanita PKR, Haniza Talha juga tidak hadir dalam mesyuarat MPP pada Ahad. -MalaysiaGazette