BERLIN – Seorang kanak-kanak maut manakala ibunya cedera selepas seorang lelaki bertindak menolak mereka di hadapan keretapi laju di stesen keretapi di Frankfurt, Jerman.
Seorang lelaki Eritrea telah ditahan susulan serangan yang berlaku pada pagi Isnin.
Saksi berkata, lelaki itu dengan sengaja menolak kanak-kanak lapan tahun itu dan ibunya ke trek sebelum cuba melarikan diri.
Namun, suspek dikejar oleh orang ramai.
Suspek berusia 40 tahun itu juga didakwa cuba menolak mangsa ketiga namun gagal.
“Anak lelaki dan ibunya ditolak di hadapan kereta api yang sedang tiba. Ibu mampu menyelamatkan diri,” kata seorang jurucakap polis.
Siasatan yang menjurus kepada pembunuhan sedang dijalankan dan setakat ini polis percaya suspek mengetahui identiti mangsa-mangsa cuma motifnya belum diketahui.
Ibu mangsa sedang menerima rawatan dan tahap kecederaannya belum diketahui.
Kejadian ini berlaku selepas 10 hari seorang wanita ditolak di hadapan keretapi oleh seorang lelaki di bandar Voerde. – MalaysiaGazette