Home Dunia Pokok berusia 200 tahun ‘didera’

Pokok berusia 200 tahun ‘didera’

Pokok berusia 200 tahun bakal maut beberapa bulan lagi selepas ditebuk lubang pada akar oleh individu tidak bertanggungjawab baru baru ini.

LONDON – Sebatang pokok berusia 200 tahun ‘didera’ manusia tidak bertanggungjawab apabila dikesan puluhan lubang pada batang pokok malang itu.

Seorang wanita menemui puluhan lubang pada akar pokok di belakang kediamannya disyaki ditebuk menggunakan gerudi oleh suspek yang tidak dikenali.

Jill Sarchet, 51, mula mengesyaki sesuatu buruk berlaku pada pokok tua itu selepas daun pokok itu mula gugur dan warna pokok bertukar coklat.

Sarchet kemudian menemui lebih 50 lunang ditebuk dipercayai menggunakan gerudi pada akar pokok berketinggian 100 kaki di belakang rumahnya di Worsthorne Hurstwood, Burnley, Lancashire.

Difahamkan pejalan kaki menceroboh kediamannya di waktu malam dan menyuntik racun dalam lubang pada akar pokok itu.

Kini pokok yang dilindungi Majlis Arahan Pemuliharaan Pokok menunggu masa untuk mati.

pokok berusia diambang maut1
Lebih 50 lubang ditebuk disyaki menggunakan gerudi oleh individu tidak dikenali pada akar pokok berusia 200 tahun yang bakal mengundang maut beberapa bulan lagi

“Tindakan ini melampau dan tidak masuk akal.

“Pokok ini adalah tertua dan pokok yang penting di Burnley..saya tertekan setelah melihat nasib pokok ini,” katanya.

Menurut beliau, anaknya juga takut untuk tidur di waktu malam sejak kejadian itu menganggap seseorang mungkin mengintip dari luar tingkap bilik tidur.

Mengikut Peraturan Pemuliharaan Pokok sedia ada penceroboh atau pesalah boleh diheret ke mahkamah dan didenda lebih 20,000 pound.

Jika dibicarakan dan disabitkan bersalah, tertuduh boleh dikenakan denda tanpa had.

Kata Jill beliau sedang berbincang dengan Majlis Perbandaran tempatan untuk meneliti tindakan sewajarnya mengesan pengkhianat tersebut.

“Pihak yang melakukan perbuatan ini tak sedar akan implikasi negatif akibat membunuh pokok yang kita sepatutnya pelihara.

“Membunuh pokok sama dengan menghancurkan masa depan anak anak kita yang menjejaskan karbon keluar dari ruang atmosfera.

“Jika setiap makhluk merosakkan pokok yang lihat sepanjang jalan apa nasib kita nanti,” tegasnya.

Sarchet kini membelanjakan 500 pound untuk memasang pagar di sekeliling pokok itu untuk menghalang sebarang vandalisme selepas ini.

Bapa dan anaknya menghabiskan masa seminggu untuk memasang pagar di sekeliling pokok sebagai perlindungan.

Pakar pokok Greg Thompson yang dipanggil  menilai situasi pokok itu memberi amaran pokok itu akan mati dalam masa beberapa bulan lagi ekoran tindakan vandalisme itu. – MalaysiaGazette