Home Ekonomi Indeks harga pengeluar Jun susut 1.8%

Indeks harga pengeluar Jun susut 1.8%

KUALA LUMPUR – Indeks Harga Pengeluar (IHPR) pengeluaran tempatan menurun 1.8 peratus pada bulan Jun 2019 berbanding pada bulan yang sama tahun sebelumnya.

Penurunan ini didorong oleh indeks pertanian, perhutanan & perikanan (-9.2%), perlombongan (-6.4%), bekalan air (-1.8%) dan pembuatan (-0.8%).

Sebaliknya, indeks bekalan elektrik & gas meningkat 1.8 peratus, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Berbanding bulan sebelumnya, IHPR pengeluaran tempatan menurun 0.9 peratus pada Jun 2019. Indeks Perlombongan mencatatkan kadar penurunan tertinggi iaitu 8.7 peratus, diikuti pembuatan (-0.3%), bekalan elektrik & gas (-0.2%) dan bekalan air (-0.2%).

Namun begitu, indeks pertanian, perhutanan & perikanan meningkat 1.1 peratus

IHPR pengeluaran tempatan pada suku kedua 2019 menurun sebanyak 1.6 peratus kepada 105.1 berbanding 106.8 peratus pada suku tahun yang sama tahun sebelumnya.

Penurunan adalah disebabkan indeks pertanian, perhutanan & perikanan (-11.3%), bekalan air (-2.3%), perlombongan
(-1.9%) dan Pembuatan (-0.7%).

Menurutnya, indeks bekalan elektrik & gas menunjukkan peningkatan sebanyak 1.5 peratus.

Bagi perbandingan suku tahunan, IHPR pengeluaran tempatan meningkat 0.4 peratus berbanding suku pertama 2019. – MalaysiaGazette