SEOUL – Korea Utara telah melancarkan pelbagai roket yang tidak dikenali di pantai timur negara itu.
Pelancaran itu dibuat dari Semenanjung Hodo pada pagi hari Rabu pagi, kata Ketua Pegawai Kanan Korea Selatan (JCS), menurut Yonhap.
Namun setakat ini jenis roket itu belum dikenal pasti dan Korea Utara belum memberi sebarang pengesahan.
Minggu lepas, Korea Utara melepaskan dua peluru jarak dekat, menurut JCS.
Kedua-dua peluru berpandu itu meluncur sejauh 430 kilometer dengan ketinggian 50 kilometer sebelum terjunam ke Laut Jepun, juga dikenali sebagai Laut Timur.
Pelancaran peluru berpandu pada minggu lalu dilakukan kali pertama sejak Presiden Donald Trump dan Kim Jong Un mengadakan pertemuan pada bulan Jun lalu di Zon Penampan Tentera – lokasi yang membahagikan dua Korea, yang mana kedua-duanya bersetuju untuk memulakan rundingan penghapusan nuklear.
Pertemuan itu dibuat selepas Pyongyang melahirkan rasa marah dengan rancangan latihan ketenteraan yang dirancang antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat, satu acara tahunan sekutu yang tidak dibatalkan.
Korea Utara telah memberi amaran bahawa latihan berkenaan akan menjejaskan rundingan yang dijadualkan berlangsung pada awal Julai.
Namun setakat ini tidak ada pertemuan dengan pegawai Amerika Syarikat dan Korea Utara.
Tahun lepas, Kim berkata Korea Utara akan menghentikan ujian nuklear dan tidak akan lagi melancarkan peluru berpandu balistik antara benua.
Aktiviti nuklear nampaknya berterusan dan imej satelit tapak nuklear utama Korea Utara bulan lalu menunjukkan pergerakan, menunjukkan negara itu boleh memproses semula bahan radioaktif menjadi bahan bakar bom.
Malah, Pyongyang juga terus menunjukkan keupayaan membangunkan senjata baharu meskipun ekonominya disekat. – MalaysiaGazette