WASHINGTON – Rizab Persekutuan Amerika Syarikat menurunkan kadar faedah buat kali pertama selepas berlakunya kemelesetan ekonomi pada tahun 2008 untuk mencegah kemungkinan kejatuhan ekonomi.
Kadar faedah, yang memberi kesan kepada kos peminjaman untuk kad kredit dan gadai janji, kini ditetapkan untuk berlegar antara 2 peratus dan 2.25 peratus.
Pembuat dasar yang diketuai oleh Pengerusi Rizab Persekutuan mengundi dengan keputusan 8-2 memihak kepada pemotongan kecil dalam kadar dana persekutuan.
Rizab Persekutuan juga memberi jaminan untuk melaksanakan tindakan bersesuaian dalam mengekalkan perkembangan ekonomi negara dalam sejarah yang paling lama.
Penurunan kadar faedah itu susulan tekanan yang dibuat oleh Presiden Donald Trump – yang melanggar amalan campur tangan politik dan urusan Bank Pusat.
Bank Pusat Amerika Syarikat itu berharap penurunan kadar faedah itu akan menjadi suntikan yang diperlukan untuk mengekalkan ekonomi yang baik kerana ia mempunyai kaedah terhad untuk bertindak balas terhadap kemerosotan dengan kadar faedah yang rendah.
Rizab Persekutuan juga mengumumkan rancangan untuk mengakhiri pengurangan portfolio aset berjumlah AS$ 3.8 trilion berkuatkuasa 1 Ogos, dua bulan lebih awal daripada yang dijangkakan sebelumnya. – MalaysiaGazette