Home Dunia Askar Korea Selatan redah DMZ untuk lari ke Korea Selatan

Askar Korea Selatan redah DMZ untuk lari ke Korea Selatan

Pagar Zon Penampan Tentera (DMZ) yang terletak bersebelahan dengan Sungai Imjin. foto Agensi

SEOUL – Korea Utara telah menangkap seorang askar Korea Utara yang melintasi Zon Penampan Tentera (DMZ) yang membahagikan dua Korea.

Kelibat askar itu kesan oleh peralatan pengimejan termal semalaman, kata Ketua Staf Bersama Korea Selatan (JSC).

Menurutnya, lelaki yang tidak dikenali itu adalah askar yang masih dalam perkhidmatan tetapi melahirkan hasrat untuk meloloskan diri ke Seoul.

Askar itu mula-mula dikesan lewat sekitar tengah malam pada hari Rabu berhampiran Sungai Imjin, yang mengalir dari Korea Utara ke Korea Selatan merentasi DMZ di barat semenanjung.

Dia kemudian diberkas oleh tentera Korea Selatan dan kini dalam tahanan.

Berpuluh-puluh rakyat Pyongyang melarikan diri setiap tahun tetapi cubaan melepaskan diri daripada DMZ adalah sangat bahaya dan luar biasa.

Pada November 2017, seorang tentera Korea Utara ditembak 40 kali oleh tentera negaranya semasa melintasi zon tersebut. – MalaysiaGazette