Home Ekonomi Bursa dibuka rendah

Bursa dibuka rendah

Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia dibuka rendah pada awal dagangan hari ini, selari prestasi pasaran serantau, berikutan kebimbangan yang berterusan berhubung perang perdagangan dan pemotongan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) gagal merangsang pelabur global, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.61 mata kepada 1,630.26 berbanding 1,634.87 semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 6.07 mata lebih rendah pada 1,628.8.

Pasaran kekal negatif menyaksikan kaunter turun mengatasi kaunter naik pada nisbah 193-kepada-659, manakala 179 kaunter tidak berubah, 1,452 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Sejumlah 1.29 bilion saham bertukar tangan bernilai RM49.39 juta. – MalaysiaaGazette

+ posts