NEW DELHI – Parlimen India meluluskan rang undang-undang yang menjadikan penceraian segera atau ‘Instant Divorce’ talak tiga dalam kalangan komuniti Muslim di negara itu sebagai satu kesalahan jenayah.
Talak tiga atau membenarkan suami menceraikan isterinya dengan menyebut atau mengulangi perkataan cerai sebanyak tiga kali dalam apa jua bentuk atau keadaan termasuk menerusi E-mel atau khidmat pesanan ringkas atau pesanan teks ringkas.
Mahkamah Tertinggi India mengisytiharkan amalan itu sebagai tidak berperlembagaan pada tahun 2017.
Para penyokong mendakwa garis panduan baharu itu melindungi wanita Islam.
Namun pembangkang mendakwa hukuman terlampau berat dan akan terdedah kepada risiko penyalahgunaan.
Mana mana lelaki yang didapati melanggar undang-undang baharu yang diluluskan di Parlimen akan dihukum sekurang-kurangnya tiga tahun penjara.
Rang Undang Undang berkenaan dibentangkan di Parlimen pada tahun 2017.
Namun ditangguh oleh Dewan negara Parlimen India susulan bantahan daripada beberapa Ahli Parlimen yang menyifatkan RUU itu sebagai tidak adil.
Parti Memerintah Kerajaan India Narendra Modi iaitu Baratiya Janata Party menyokong RUU itu manakala Parti Kongress utama Pembangkang menentang RUU itu.
Namun, BJP tidak mempunyai sokongan majoriti di Dewan Negara Parlimen untuk meluluskan bil tersebut.
Bagaimanapun pada Selasa, RUU itu berjaya diluluskan dengan undi memperolehi 99 undi selepas beberapa wakil rakyat yang tidak menyokong RUU itu meninggalkan dewan serta ada yang tidak hadir sewaktu proses undi berlangsung.
Perdana Menteri Narendra Modi sebagai meraikan kelulusan RUU itu menyifatkan kelulusan menjenayahkan penceraian talak tiga dalam kalangan komuniti India Muslim di negara itu sebagai kemenangan untuk keadilan gender wanita.
Dalam Twitter peribadinya Modi berkata:” Amalan kuno dan zaman pertengahan akhirnya dicampak ke ‘tong sampah’ sejarah.
Parlimen memansuhkan penceraian talak tiga dengan membetulkan semula sejarah yang melakukan ketidakadilan terhadap wanita Muslim di India.
Ia adalah kemenangan keadilan gender dan memperkukuhkan kesamaan dalam masyarakat majmuk” cicap beliau.
Bagaimanapun seorang Ahli Parlimen pembangkang dari Parti Majlis-e-Ittehadul Muslimeen Se-India, Asaduddin Owaisi berkata kelulusan Undnag Undang baharu itu merupakan satu lagi bentuk serangan terhadap identiti Muslim di bawah pemerintahan parti BJP yang berkuasa sejak 2014.
Dalam cicapan Twitternya Asaduddin mendakwa Undang-undang baharu itu sebenarnya bertentangan dengan wanita Muslim dan meminggirkan mereka.
“Undang-undang baharu yang menjenayahkan penceraian talak tiga akan memaksa wanita untuk menetap dan kekal dalam perkahwinan dengan seseorang lelaki yang secara lisan dan emosi mendera isterinya.
Ia akan menambah lagi beban terhadap seseorang isteri Muslim yang dianiaya suaminya selain menolak ke dalam kemiskinan.
Kerajaan India meluluskan undang-undang baharu itu selepas beberapa insiden yang mana lelaki Muslim di India mencerai isterinya dengan talak tiga menerusi sepucuk surat, panggilan telefon dan juga menerusi khidmat pesanan ringkas, WhatsApp dan Skype.
Sejumlah kes telah dirujuk ke mahkamah.
Selain itu segelintir pihak di India mendakwa Penceraian talak tiga tidak disebut dalam Undang-Undang Syariah atau Quran walaupun amalan itu wujud sejak berdekad lama.
Beberapa cendekiawan Islam di India mendakwa al-Quran menjelaskan cara untuk mengeluarkan penceraian yang mana ia dikehendaki dilaksanakan selama tiga bulan membolehkan proses pendamaian berlangsung antara kedua dua suami isteri terlibat.
Kebanyakan negara Islam termasuk Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Pakistan dan Bangladesh mengharamkan talak tiga.
Bagaimanapun adat Islam itu diteruskan di India tanpa sebarang undang-undang yang seragam mengenai perkahwinan dan penceraian terhadap setiap warganegara itu.
Aktivis dan parti politik di India berpecah berikutan kelulusan RUU berkaitan penceraian itu.
Mereka yang menentangnya termasuk wanita Islam di India mendakwa bantahan terhadap penceraian talak tiga adalah proses luar biasa.
Parti Kongres dan beberapa pihak lain pula mendakwa alaman penceraian itu diharamkan mahkamah agung negara. – Agensi