Home Nasional Tuduh polis hilangkan kertas siasatan tidak bertanggungjawab

Tuduh polis hilangkan kertas siasatan tidak bertanggungjawab

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ahmad Hamid Bador

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador memberi amaran tidak akan bertolak ansur terhadap sesiapa sahaja yang membuat tuntutan tidak berasas terhadap polis.

Beliau berkata, pihak-pihak berkenaan harus berhenti daripada berbuat demikian melainkan jika mereka mempunyai fakta untuk menyokong tuntutan mereka itu.

Abdul merujuk keepada pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama 1 Malaysia Tolak DAP, apabila mendakwa laporan forensik dalam siasatan ke atas kes rogol Exco kerajaan negeri Perak yang dilaporkan hilang.

“Ia sangat tidak bertanggungjawab apabila membuat kenyataan yang kurang sopan. Saya terpaksa mengambil tindakan kerana ia melibatkan maruah saya dan integriti polis. Saya perlu tangani perkara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kempen DMK peringkat PDRM di Maktab Polis Cheras, di sini hari ini.

Abdul Hamid berkata, kertas siasatan mengenai kes itu telah dibuka dan pihaknya akan memanggil mereka yang terlibat.

“Dia akan dipanggil untuk memberikan keterangan terhadap kenyataan itu,” tegasnya.

Minggu lalu, Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, pengguna Facebook yang juga Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kie akan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Multimedia dan Komunikasi 1998.

Dalam status yang dimuat naik di laman sosial itu, Seai Kie mempersoalkan kehilangan laporan forensik dan mengaitkannya dengan arahan seseorang untuk melenyapkan laporan berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan, Ahli Exco kerajaan negeri Perak, Paul Yong Choo Kiong dikaitkan dengan tuduhan rogol berikutan laporan polis yang dibuat seorang pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa dirogol Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh dari DAP itu.

Wanita berusia 23 tahun itu dikatakan dirogol di rumah majikannya di Meru sehari sebelum laporan dibuat. – MalaysiaGazette