Home Nasional Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 11 Ogos

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 11 Ogos

Ratusan etnik Rohingya menunaikan solat sunat Aidiladha di Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 01 SEPTEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, malam ini mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 11 Ogos ini.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Korban bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 11 Ogos 2019,” kata Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja,

Pengisytiharan dibuat Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Mohd Aseral Jusman. -MalaysiaGazette