KUALA LUMPUR – RON97 turun sebanyak 2 sen seliter berbanding RM2.56 sen seliter untuk tempoh 3 Ogos sehingga 9 Ogos ini.
Harga runcit petrol RON95 dan diesel masih kekal pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.
Kementerian Kewangan berkata, pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.24 seliter dan RM2.33 seliter masing-masing.
Ini menunjukkan penurunan dari minggu lepas bagi harga runcit produk petrol RON95 yang berada pada paras RM2.26 seliter dan kenaikan bagi harga runcit produk diesel yang berada pada paras RM2.31 seliter.
Harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit.
Katanya, anggaran tanggungan subsidi kerajaan untuk RON95 dan diesel bagi tempoh 3 Ogos hingga 9 Ogos masing-masing sebnayak RM61.33 juta dan RM24.45 juta. – MalaysiaGazette