KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin terpilih menerima anugerah pada Majlis Anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh (100MIYE) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), kelmarin.
Menerusi Instagram miliknya, Siti, 40, meluahkan rasa syukur atas kepercayaan sehingga membolehkannya menerima anugerah berkenaan.
Lebih manis lagi apabila Siti Nurhaliza menerima anugerah itu yang disampaikan oleh pemimpin idolanya, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menerusi platform media sosial yang sama, Siti Nurhaliza turut berkongsi beberapa keping foto dirinya bersama Dr Mahathir dengan kaspyen “My Favourite Doctor”.
Beliau menerusi Instagram turut menulis bahawa anugerah itu adalah khas buat anaknya, Siti Aafiyah Khalid.
Harapannya lagi, semoga Siti Aafiyah membesar menjadi insan yang berjaya dan bermanfaat kepada masyarakat. – MalaysiaGazette