LONDON – Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) memilih pengadil wanita bagi mengendalikan perlawanan pasukan lelaki berprofil tinggi dalam salah kejohanan dalam kalendar perlawanan badan induk bola sepak Eropah ini.
Dailymail melapor, Stephanie Frappart yang bakal bergelar pengadil wanita pertama akan diuji kredibilitinya pada perlawanan di antara Chelsea dan Liverpool bagi aksi Piala Super Eropah pada 14 Ogos ini.
Pengadil dari Perancis yang turut mengendalikan aksi final Piala Dunia Wanita di antara Amerika Syarikat dan Belanda bulan lalu akan mengetuai pasukan pengadil bagi perlawanan di Istanbul nanti.
Dia akan dibantu rakan pengadil Manuela Nicolosi dan Michelle O’Neal dari Republik Ireland yang akan menjadi pembantu manakala pegawai keempat dari Turki, Cuneyt Cakir.
Frappart bertugas bersama Nicolosi dan O’Nea ketika final Piala Dunia Wanita di Lyon Julai lalu.
Untuk rekod, Frappart bergelar pengadil sejak 2009 dan mencipta sejarah pengadil wanita pertama mengendalikan saingan Ligue 1.
Malah dia juga pernah diberi penghormatan mengendalikan tiga perlawanan kelayakan Piala Usfa di antara tahun 2004 dan 2009.- MalaysiaGazette