ENGLAND – Manchester City sedang berunding dengan Juventus untuk membeli bintang pertahanannya Joao Cancelo.
Pengurus the Citizens Pep Guardiola mahu menggantikan Danilo yang akan berhijrah ke Turin.
Cancelo dilihat sebagai calon terbaik menggantikan Danilo di bek pertahanan kanan di Etihad.
Setakat ini belum dimuktamadkan sebarang perjanjian namun, Guardiola kelihatan serius untuk mendapatkan Cancelo sebelum musim Liga Perdana Inggeris bermula 10 Ogos ini.
Cancelo, 25, menyertai Juventus dari Valencia dengan nilai 35 juta pound tahun lalu selepas menghabiskan pinjaman semusim bersama Inter Milan.
Cancelo juga menyumbang untuk skuad Portugal dalam menjuarai Liga Nasional walaupun tidak beraksi pada perlawanan akhir.
Danilo setakat ini melakukan 60 penampilan bersama Man City dalam semua perlawanan dan kali terakhir menentang Cardiff pada 3 April lalu. – MalaysiaGazette