TERKINI : “ISTERI TERSAYANG SAYA” Doakan Panjang Umur dan Lagi Pandai Masak – Al-Sultan Abdullah

KUALA LUMPUR – “Hari ini 5 Ogos, hari jadi Permaisuri. Doakan isteri saya panjang umur dan lagi pandai masak.”

Itulah permintaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan hari jadi isteri baginda, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ke-59 hari ini.