Home Dunia Tunjuk perasaan di HK semakin buruk, banyak penerbangan ditangguhkan

Tunjuk perasaan di HK semakin buruk, banyak penerbangan ditangguhkan

Penunjuk perasaan bertindak menghalang pintu MRT di stesen Fortress Hill. foto Agensi

SINGAPURA – Tunjuk perasaan di Hong Kong bertambah buruk pada hari ini selepas penunjuk perasaan mahu melumpuhkan bandar raya itu.

Susulan itu penerbangan masuk dan keluar Hong Kong mengalami gangguan.

Pagi ini, berpuluh-puluh penerbangan tertangguh dan pihak berkuasa berusaha untuk menjadualkan semula pada pukul 12 tengah hari dan mengurangkan pelepasan dan pendaratan pesawat.

Penunjuk perasaan didakwa mensasarkan rangkaian pengangkutan utama dan perkhidmatan keretapi laju telah digantung disebabkan ada halangan pada platform.

Ketua Pegawai Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam mengutuk tindakan penunjuk perasaan yang meletakkan badar raya itu dalam situasi sangat bahaya.

Bloomberg melaporkan sekurang-kurangnya 10 penerbangan Air China ke dan dari Hong Kong dibatalkan termasuk sambungan ke Beijing dan Chingqing.

Lapangan terbang dijangka mengehadkan penerbangan hanya satu landasan sahaja berbanding dua, menurut South China Morning Post.

Malah, Lapangan Terbang Hong Kong meminta penumpang untuk menuju ke lapangan terbang hanya jika penerbangan dan kerusi mereka telah disahkan.

Gangguan tertumpu kepada syarikat penerbangan yang berpangkalan di Hong Kong. – MalaysiaGazette