NEW YORK – Penanda aras Brent susut lebih daripada 3 peratus berikutan kebimbangan pertumbuhan global selepas Presiden Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif bagi produk China.
Tindakan itu dijangka akan mengehadkan permintaan daripada kedua-dua pembeli terbesar dunia itu.
Niaga hadapan Brent jatuh sebanyak AS$2.08 setong kepada AS$59.81 setong.
West Texas Intermediate (WTI) pula susut AS$0.97 kepada AS$54.69 setong
Kedua-dua penanda aras itu menurun lebih daripada 7 peratus pada Khamis lalu kepada paras terendah kira-kira tujuh minggu selepas pengumuman Trump, sebelum sebelum pulih sedikit dan Brent dan WTI masing-masing jatuh 2.5 peratus dan 1 peratus. – MalaysiaGazette