DUBAI – Pasukan Houthi di Yaman melancarkan serangan ke atas pangkalan udara King Khalid di Arab Saudi dan juga lapangan terbang awam di Abha dan Najran, kata jurucakap tentera Houthis.
Jurucakap tentera Houthi, Yahya Saria berkata, serangan ke atas lapangan terbang Abha “menghentam sasarannya”, dan lalu lintas udara terganggu di kedua-dua Abha dan Najran.
Ketiga lokasi ini terletak di barat daya Arab Saudi, dekat sempadan dengan Yaman.
Tetapi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (GACA) Arab Saudi memberitahu, lalu lintas berjalan seperti biasa di kedua lapangan terbang Abha dan Najran tanpa sebarang gangguan.
Jurucakap gabungan tentera yang diketuai Arab Saudi berkata, dron Houthi telah dipintas dan jatuh ketika menuju ke dua-dua lapangan terbang tersebut.
Houthi, yang mengawal ibu kota Yaman iaitu Sanaa, sejak beberapa bulan kebelakangan ini telah meningkatkan serangan terhadap sasaran ke Arab Saudi.
Sebagai tindak balas, gabungan itu telah menyerang tapak tentera milik kumpulan itu, terutama di sekitar Sanaa.
Houthis pada hari Khamis lalu berkata, mereka melancarkan serangan peluru berpandu dan dron semasa perbarisan tentera di bandar pelabuhan selatan Aden, kerusi pemerintahan antarabangsa yang diiktiraf oleh Yaman dan kubu kuat gabungan itu, membunuh berpuluh-puluh orang. – MalaysiaGazette