
KUALA LUMPUR- FBM KLCI yang menjadi petunjuk pasaran di Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini tetapi pasaran secara keseluruhan kekal lemah dipengaruhi oleh pertikaian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 0.09 peratus atau 1.38 mata untuk ditutup pada paras 1,611.79 daripada 1,610.41 semasa ditutup pada Isnin.
Indeks utama yang dibuka 17.57 mata lebih rendah pada 1,592.84, bergerak antara 1,588.98 dan 1,617.22 sepanjang dagangan hari ini.
Kedudukan pasaran secara menyeluruh menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung iaitu 502 berbanding 436, manakala 376 kaunter kekal tidak berubah, 573 tidak diniagakan dan 19 lain digantung.
Urus niaga memberangsangkan dengan jumlah dagangan meningkat kepada 3.13 bilion unit bernilai RM2.62 bilion daripada 2.67 bilion unit bernilai RM1.86 bilion pada Isnin.
Seorang peniaga berkata, pasaran ekuiti bagaimanapun kembali stabil selepas bank pusat Republik Rakyat China menetapkan kadar yuan pada kadar tujuh bagi setiap dolar US selepas mata wang China melemah melangkaui paras pemantauan pada Isnin.
Bank pusat China itu turut menyangkal keputusan AS untuk melabelkan negara itu sebagai manipulator mata wang, menyatakan aturan kewangan global akan terjejas teruk oleh tindakan itu.
Di peringkat serantau, Indeks Hang Seng Hong Kong jatuh 0.67 peratus kepada 25,976.24, Indeks Nikkei 225 Jepun merosot 0.65 peratus kepada 20,585.31 dan Indeks Straits Times Singapura turun 0.75 peratus kepada 3,170.47.
Bagi saham wajaran tinggi di Bursa Malaysia, Maybank menokok satu sen kepada RM8.59, Public Bank naik empat sen kepada RM21.60, TNB meningkat enam sen kepada RM13.84, Petronas Chemicals melonjak 14 sen kepada RM7.37, CIMB naik tiga sen kepada RM5.06 , IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.68 dan Axiata turun 11 sen kepada RM4.83.
Bagi saham aktif, KNM naik 2.5 sen kepada 38.5 sen, Vsolar menokok setengah sen kepada 17.5 sen, Netx dan Genting Malaysia masing-masing tidak berubah pada 1.5 sen dan RM3.61, manakala Sapura Energy turun setengah sen kepada 28.5 sen dan MYEG susut tiga sen kepada RM1.51.
Indeks FBM Emas meningkat 11.97 mata kepada 11,392.49, Indeks FBMT 100 melonjak 10.78 mata kepada 11,226.67 dan Indeks Syariah FBM Emas naik 11.48 mata kepada 11,805.11.
FBM 70 naik 18.53 mata kepada 14,149.29 dan FBM Ace meningkat 31.81 mata kepada 4,617.86.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 10.64 mata kepada 15,811.39, Indeks Perladangan susut 29.96 mata kepada 6,580.15 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.79 mata kepada 151.84.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 2.03 bilion saham bernilai RM2.38 bilion daripada 1.67 bilion saham bernilai RM1.66 bilion pada Isnin.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 645.99 juta unit bernilai RM161.38 juta berbanding 507.81 juta unit bernilai RM139.48 juta.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE susut kepada 452.93 juta saham bernilai RM78.33 juta daripada 488.08 juta saham bernilai RM64.63 juta semalam.
Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 305.99 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (191.58 juta), pembinaan (165.15 juta), teknologi (178.52 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (51.77 juta), hartanah (115.77 juta), perladangan (18.67 juta), REIT (18.32 juta), dana tertutup (16,000), tenaga (779.24 juta), penjagaan kesihatan (36.47 juta), telekomunikasi dan media (94.77 juta), pengangkutan dan logistik (42.79 juta) dan utiliti (28.05 juta).
– BERNAMA