Home Ekonomi Bimbang pengukuhan baht, Thailand turunkan kadar faedah

Bimbang pengukuhan baht, Thailand turunkan kadar faedah

BANGKOK – Bank Pusat Thailand membuat keputusan tidak disangka-sangka apabila mengurangkan kadar faedah buat kali pertama sejak tahun 2015.

Jawatankuasa Dasar Monetari Bank of Thailand (BOT) mengundi 5-2 untuk mengurangkan kadar pembelian balik sehari sebanyak 25 mata asas kepada 1.50 peratus – tahap sebelum ia dinaikkan dengan jumlah yang sama pada bulan Disember, kawalan pertama sejak 2011.

Keputusan itu didorong oleh kebimbangan pengukuhan baht.

Baht adalah mata wang yang mencatatkan prestasi terbaik di Asia tahun ini dengan kenaikan kira-kira 6.0 peratus berbanding dolar. – MalaysiaGazette