Home Dunia Tikus punca FamilyMart ditutup sementara

Tikus punca FamilyMart ditutup sementara

FILE PHOTO: The signboard of a joint FamilyMart/Don Quijote convenience store is pictured in Tachikawa, Tokyo, Japan June 1, 2018. REUTERS/Sam Nussey

TOKYO – Rangkaian kedai serbaneka Jepun yang kini menjadi kegilaan umum, FamilyMart terpaksa menutup salah satu cawangannya di Shibuya, Jepun gara-gara tikus berkeliaran sehingga mendapat kritikan hebat.

Stesen penyiaran NHK melaporkan, sebuah video yang memaparkan aksi beberapa ekor tikus berkeliaran di dalam FamilyMart itu menimbulkan rasa tidak senang sehingga cawangan di Shibuya ditutup untuk sementara waktu.

FamilyMart turut mengeluarkan kenyataan memohon maaf terhadap insiden tersebut dan menyatakan kesungguhan mereka untuk memastikan insiden seumapama itu tidak akan berlaku pada masa hadapan.

“Kami pandang serius isu ini dan sedang menyiasat tentang perkara tersebut.

“Kami juga ingin memohon maaf kepada para pelanggan kita berikutan penularan video ini yang berasa kurang selesa dan senang selepas menontonnya,” katanya dalam kenyataan.

Video tersebut yang menjadi viral kemudian dimuat naik di laman sosial YouTube dan Twitter menunjukkan sekurang-kurangnya enam ekor tikus, dengan beberapa daripadanya keluar dari rak paparan peti sejuk menempatkan bebola nasi atau onigiri dan hidangan bento.

FamilyMart

Tikus-tikus itu kemudian ‘menghilangankan diri’ di sebalik rak tersebut, video itu dipercayai telah dirakam oleh salah pengunjung kedai tersebut baru-baru.

Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihan video tersebut, namun dalam beberapa hari sahaja ianya telah mendapat lebih enam juta tontonan sehingga memaksa FamilyMart tampil memohon maaf.

Rangkaian gergasi itu juga dikatakan akan melaksanakan pelbagai aktiviti pembasmian dan pembersihan sebelum cawangan di Shibuya itu boleh dibuka kembali kepada umum kelak. –MalaysiaGazette