KUALA LUMPUR – Kadar pengangguran pada Jun tahun ini 2019 kekal 3.3 peratus.
Pada bulan ini, bilangan penganggur adalah seramai 521.4 ribu orang, naik 0.3 peratus berbanding bulan sebelumnya.
Kadar pengangguran (pelarasan musim) pada Jun 2019 juga kekal 3.3 peratus, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Manakala kadar penyertaan tenaga buruh pada Jun 2019 naik 0.1 mata peratus kepada 68.6 peratus berbanding bulan sebelumnya dan meningkat 0.1 mata peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas (Jun 2018: 68.5%).
Bilangan tenaga buruh pada bulan ini naik 1.8 peratus berbanding Jun 2018 kepada 15.66 juta orang.
Pada tempoh yang sama, penduduk bekerja turut meningkat 1.8 peratus kepada 15.13 juta orang. – MalaysiaGazette