NEW YORK- Aneh tetapi benar apabila zakar seorang lelaki bertukar menjadi tulang keras disebabkan sejenis penyakit pelik.
Keadaan yang menimpa lelaki warga emas berusia 63 tahun itu mengejutkan pakar perubatan yang memeriksa pesakit itu.
Lelaki tua yang tidak dinamakan itu dikesan menghidap keadaan itu setelah menjalani imbasan sinar X di bahagian pinggangnya.
Lelaki itu menghadiri pemeriksaan di Pusat Kesihatan Mental dan Perubatan Lincoln di Bronx, Bandaraya New York selepas terjatuh.
Bagaimanapun lututnya mengalami kesakitan menurut laporan perubatan Urologi.
Ketika berada di hospital, doktor mengimbas sinar X pada bahagian pelvis atau pinggang pesakit itu sebelum menemui sel tulang terbentuk pada zakar lelaki itu.
Doktor memberitahu keadaan ganjil zakar kepada pesakit namun warga emas itu meninggalkan hospital tanpa mengambil peduli penemuan dan nasihat doktor yang memeriksanya.
Laporan awal mendakwa lelaki tua itu pernah mengadu sentiasa mengalami kesakitan pada zakar namun doktor gagal menemui sebarang simptom yang berkaitan jangkitan menerusi seks.
Doktor pakar berpendapat pembentukan tulang secara abnormal berlaku selepas tisu lembut pada zakar mengeras.
Bagaimanapun mereka akur tidak dapat menilai (sebab-sebab) kerana pesakit itu tidak memperdulikan nasihat perubatan yang diberikan.
Mereka menasihatkan lelaki itu boleh dirawat melibatkan ubat penghilang rasa sakit, ‘peregangan’ atau peranti seperti vakum, pembedahan, atau terapi gelombang kejutan.- MalaysiaGazette